Wednesday, September 3, 2008

Pengenalan Puasa

Pengenalan Puasa Syar’ei Islam :

Ianya adalah menahan daripada makan, minum dan bersetubuh dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.

Pengenalan Puasa Syar’ei Islam :

Ianya adalah menahan daripada makan, minum dan bersetubuh dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.

Pengenalan Puasa Perubatan (Berlapar) :

Iaitu : Sekatan menyeluruh atau separa, unruk satu jangka masa yang lama atau sekejap daripada mengambil makanan dan minuman serentak ataupun daripada makanan sahaja.

Telah berlaku percampuran dan kekeliruan di antara Puasa Syar’ei Islam dengan berlapar, ia adalah antara yang menjadikan penerima Sains Moden terutama ahli perubatan, tidak dapat membezakan di antara kedua-duanya dan mereka mengenakan kesilapan-kesilapan berlapar terhadap Puasa Islam.

Doktor Abdul Jawwad As Sowi berkata :

Puasa perubatan adalah seseorang menahan di dalamnya daripada mengambil makanan, bukan daripada minuman.untuk jangka masa yang lama atau sekejap dan ideanya diasaskan di atas fakta kadar tenaga yang tersimpan di dalam tubuh bagi membekalkan manusia dengan kehidupan dan pergerakan untuk masa yang berkitar dari sebulan hingga tiga bulan.

Faedah-faedah Berlapar (Puasa Perubatan)

Sesungguhnya telah dicatatkan kesan-kesan berfaedah bagi berlapar (Puasa Perubatan) yang berlaku terhadap tugas-tugas utama tubuh. Ahli-ahli perubatan mendapat manfaat daripadanya, dan mereka merawat ketidakstabilan tubuh serta sebahagian penyakit-penyakit yang kronik dengan berpuasa.

Pengarang buku The Hygienic System Vol III : Fasting and Sun Bathing (Herbert M. Shelton) telah menyatakan sebahagian daripadanya, yang boleh diringkaskan di dalam noktah-noktah berikut :-

1- Meluangkan kerehatan tugas (fisiologi) kepada semua anggota-anggota tubuh.

2- Membuang toksik-toksik dan lebihan-lebihan keluar dari tubuh.

3- Pembaharuan sel-sel tisu.

Seorang pakar ahli sains iaitu Upton Sinclair berkata :-
Sesungguhnya perkara terbesar yang diberikan kepada kita oleh puasa adalah satu peringkat baru daripada kesihatan. Itu adalah kerana organ akan diperbaharui secara keseluruhan, maka akan bertambah baik tugas-tugasnya yang pelbagai dan ia akan menjadi cergas serta tubuh akan diberi peluang terbaik untuk dibersihkan daripada toksik-toksik dan lebihan-lebihan yang bertimbun di antara ruang-ruangnya dan pada teras tisu ototnya.

Uji kaji oleh Carlson dan Kunde di Bahagian Fisiologi, Universiti Chicago telah menunjukkan bahawa “Puasa untuk jangka masa seminggu memadai bagi pembaharuan sementara tisu-tisu di dalam tubuh sesorang manusia yang empat puluh tahun umurnya, di mana ia akan mengembalikan tisu-tisu ini kepada keadaan tugas (fisiologi) yang menyerupai keadaan di sisi orang yang umurnya tujuh belas tahun”.

Bahkan uji kaji yang dijalankan kepada manusia dan dijalankan kepada anjing-anjing di makmal biologi di Universiti Chicago serta diedarkan hasil-hasilnya di dalam Journal Of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa selama 30 - 40 hari akan memberikan penambahan metabolisme sebanyak 5 - 6%. Sekiranya kita telah tahu bahawa kekurangan pada tahap metabolisme adalah satu tanda daripada tanda-tanda penuaan, kita juga telah mengetahui bagiaman puasa akan menambah imbangan metabolisme di dalam tubuh dan dan membuang toksik-toksik yang tertimbun, serta menyerap tisu-tisunya yang mati lagi lemah dan menggantikannya dengan yang baru lagi muda. Bagaimana ia mengembalikan keremajaan dan kecergasan.


Bersambung...


Penulis
Syeikh Abdul Majid Az-Zindaani

Penterjemah
Unit Penterjemahan & Penyelidikan (UPP)
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman

No comments: